Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis.
Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong
Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang
iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung.
Muzium Kota Kayang di Kuala Perlis merupakan satu kompleks sejarah yang popular di Perlis. Muzium Kota Kayang menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah Perlis.
Terdapat pameran tinggalan arkeologi dan sejarah dari kapak batu
Neolithik, senjata, barangan tembaga, siling, replika dokument, dan
carta keturunan diRaja. Pelancong juga dapat melawat laman muzium di
mana terdapat tapak Kota Indera kayangan, istana, dan dewan istiadat
silam. Muzium Kota Kayang terletak di kaki bukit batu kapur yang
bertindak sebagai halangan dari serangan musuh, sementara terdapat
terusan yang pernah menjadi laluan bot antara Kota Kayang, Kuala Perlis,
dan Alor Setar
Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi
pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis,
galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan
sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan
salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan
replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang
menarik.
No comments:
Post a Comment