My Followers

Teori Ekologi Bronfenbrenner




Urie Bronfenbrenner telah dilahirkan pada 29 April, 1917 di Moscow, Rusia.  Bapanya bernama Dr Alexander Bronfenbrenner dan ibunya ialah Eugenie Kamenetski Bronfenbrenner., Keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat apabila Urie berumur enam tahun . Setelah menetap di Pittsburgh untuk suatu tempoh yang singkat, mereka berpindah ke Letchworth Village, iaitu sebuah institusi Orang Terencat Akal di New York, di mana bapanya bekerja sebagai seorang pakar patologi klinikal dan pengarah penyelidikan. Selepas tamat pengajian dari Sekolah Tinggi Haverstraw, Bronfenbrenner menyambung pengajian dalam dua pengkhususan iaitu piskologi dam muzik di Universiti Cornell pada tahun 1938.  Dia telah melakukan kerja-kerja penyelidikan berkaitan psikologi perkembangan serta dapat menghabiskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Harvard, diikuti oleh Ph.D. dari Universiti Michigan pada tahun 1942.


Dua puluh empat jam selepas menerima ijazah kedoktoran beliau, Urie Bronfenbrenner  telah diserapkan ke dalam Angkatan Tentera, di mana beliau berkhidmat sebagai seorang pakar psikologi dalam pelbagai tugasan untuk pasukan Tentera Udara dan Pejabat Perkhidmatan Strategik U.S. Selepas menamatkan latihan kepegawaian, beliau berkhidmat dalam pasukan Perubatan Tentera Amerika Syarikat (AS). Selepas tamat Perang Dunia II, Bronfenbrenner bekerja sebagai Penolong Ketua Pakar Psikologi Klinikal bagi Administration and Research for the Veterans' Administration untuk suatu tempoh yang singkat. Kemudian beliau  memulakan kerja sebagai Penolong Profesor Psikologi di Universiti Michigan.Pada tahun 1948, beliau menerima jawatan professor dalam Pembangunan Manusia, Pengajian Keluarga, dan Psikologi di Universiti Cornell. Pada 1960-an hingga awal 1970-an, Bronfenbrenner berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Cornell. Pada masa kematian, Bronfenbrenner merupakan Professor Emeritus dalam bidang Pembangunan Manusia dan bidang Psikologi dalam Jabatan Ekologi Manusia di Universiti Cornell. Bronfenbrenner meninggal dunia pada usia 88 tahun di rumahnya,Ithaca, New York pada 25 September 25 2005 akibat komplikasi kencing manis. 


Urie Bronfenbrenner berkahwin dengan Liese dan mendapat enam cahayamata iaitu Beth Soll, Ann Stambler, Mary Bronfenbrenner,Michael Bronfenbrenner, Kate Bronfenbrenner dan Steven Bronfenbrenner.Urie Bronfenbrenner memainkan peranan yang sangat penting membentuk program-program pembangunan. Ini termasuklah menjadi pengasas bersama program bernama Head Start iaitu satu program pembangunan kanak-kanak persekutuan. Program Head Start ini sangat berjaya dan merupakan program yang paling lama dilaksanakan  dalam membasmi kitaran kemiskinan di Amerika Syarikat. Sepanjang penglibatan beliau di dalam kerjayanya, beliau telah diberikan beberapa anugerah di atas sumbangan dalam bidang ekologi. Antaranya anugerah "Lifetime Contribution to Developmental Psychology in the Service of Science and Society" oleh  The American Psychological Association yang kemudiannya menamakan anugerah tersebut sebagai  "The Bronfenbrenner Award. Beliau juga memperolehi anugerah " The James McKeen Catell”  dari  the American Psychological Society.
Sumbangan Urie Bronfenbrenner yang terpenting adalah melalui hasil-hasil penerbitan beliau, iaitu : Bronfenbrenner, “Two Worlds of Childhood” yang diterbitkan pada tahun 1972, “Influencing Human Development” yang diterbitkan pada tahun 1973,”Two Worlds of Childhood: US and USSR” yang diterbitkan pada tahun 1975,”Influences on Human Development” juga diterbitkan pada tahun 1975, “The Ecology of Human Development: Experiments by Nature and Design” yang diterbitkan pada tahun 1979,”On Making Human Beings Human” yang diterbitkan pada tahun 1981 dan  “The Twelve Who Survive: Strengthening Programmes of Early Childhood Development in the Third World” yang diterbitkan pada tahun 1992. 



TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER





Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Interaksi antara kanak- kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. (Mariani Md. Nor, 2006)


MIKROSISTEM

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia meliputi keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak. Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. 

Individu tidak dipandang sebagai penerima pengalaman yang pasif dalam setting ini tetapi sebagai seseorang yang menolong membangunkan setting. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak. 

Tingkah laku atau respons kanak –kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap kanak-kanak tersebut. Contohnya, kanak –kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa di sekitarnya dan mereka akan memberi respon positif terhadap kanak –kanak ini


MESOSISTEM
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Antaranya hubungan ibubapa – guru, ibubapa-rakan, guru-rakan, antara rakan, hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga, pengalaman sekolah dengan pengalaman rakan sebaya. Contohnya , seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga mungkin akan menghadapi masalah menjalinkan hubungan yang positif dengan gurunya.


 Kajian yang dijalankan oleh Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumayajuhari & Rojanah Kahar (2002)  mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga dan tingkah laku keibubapaan boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan kognitif anak. Pendidikan yang diterima oleh ibu merupakan sumber kekuatan diri yang boleh mempengaruhi tahap estim diri dan pencapaian akademik anak dalam keluarga berisiko di luar bandar. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi kebiasaannya melihat hubungan anak sebagai dua hala, bersifat timbal balik , banyak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak dan mengamalkan komunikasi yang positif dan terbuka. Komunikasi yang terbuka membolehkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang melalui sentuhan, kemesraan dan sokongan. Adalah menjadi fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi. Tanpa kasih sayang, seseorang itu mungkin menghadapi pelbagai masalah emosi. Justeru itu, ibu bapa perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang aktif dan juga mengesahkan keperluan dan permasalahan anak-anak mereka.(Arshat, Baharudin, & Kahar, 2002)



EKSOSISTEM
Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain.
Contoh, Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut. 
Dari perspektif pendidikan, sistem bilik darjah  didapati memainkan peranan penting dalam mempengaruhi-perkembangan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia sendiri malah di merata dunia. Kajian mendapati 99.4% ibu bapa berkecenderungan membantu kanak-kanak mendapatkan buku yang sesuai untuk anak-anak mereka berbanding dengan bahan lain. Sementara 84.9% pula menyediakan bahan bantu mengajar elektronik seperti CD Pendidikan dan tidak begitu berminat untuk membelikan bahan mainan atau buku komik walaupun ada unsur-unsur pendidikan. (Mariani Md.Nor, 2006)


MAKROSISTEM
Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan komputer atau kemajuan teknologi yang ada kini  jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Makrosistem merujuk kepada perkembangan individu yang di pengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Sebagai contoh, di sesetengah negara kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Berlainan pula dengan negara-negara barat, kaum wanita mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Tanpa kita semua sedari hal ini akan memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, faktor persekitaran sangat berperanan penting setiap perkembangan kanak-kanak. Suasana tempat tinggal yang harmoni akan membantu membina persekitaran yang baik untuk seseorang kanak-kanak membesar dengan baik dan melalui proses perkembangan yang menyeluruh.

Makrosistem melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal termasuklah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan.  Di sesetengah Negara seperti di Amerika Syarikat, peranan mengikut jantina yang pelbagai dapatditerima. Di Amerika juga, sejak di sekolah lagi kanak-kanak telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dengan perempuan. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki di mana kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dalam budaya tersebut.

Satu dari aspek status sosioekonomi murid adalah faktor perkembangan dalam kemiskinan. Kemiskinan dapat mempengaruhi perkembangan anak dan merosak kemampuan mereka untuk belajar, meskipun kanak-kanak dari golongan miskin sangat rajin. (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008).
Makrosistem, dalam teori ekologi Bronfenbrenner meliputi kebudayaan di mana individu  ingat bahawa kebudayaan mengacu pada pola perilaku, keyakinan dan semua produk lain. Dari sekelompok manusia yang diteruskan dari generasi-generasi ingat juga bahwa studi lintas budaya perbandingan antara satu kebudayaan dengan kebudayaan lain atau lebih kebudayaan lain, memberi informasi tentang generalitas perkembangan


KRONOSISTEM
Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, kehadiran ahli baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contohnya apabila ibu melahirkan ahli baru dalam keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak menyayangi mereka kerana ibu bapa mereka memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam keluarga tersebut. Bukan itu sahaja, perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Kronosistem merangkumi pembuatan pola kejadian lingkungan dan transisi sepanjang kehidupan. Contohnya pengaruh negatif perceraian yang seringkali memuncak pada tahun pertama perceraian. Dua tahun setelah perceraian, interaksi keluarga tidak terlalu berantakan dan lebih stabil. Dengan mempertimbangkan lingkungan sosial budaya, wanita masa kini lebih mungkin didorong untuk mengejar kerjaya dibandingkan dengan wanita 20 atau 30 tahun yang lalu.

Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Contohnya, kanak-kanak pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah.  Kronosistem meliputi pemulaan peristiwa-peristiwa sepanjang rangkaian kehidupan dan keadaan sejarah dari perkembangan individu. Misalnya, dalam mempelajari implikasi perceraian terhadap anak-anak, para pengkaji menemukan bahawa kesan negatif sering memuncak pada tahun pertama setelah perceraian dan bahawa kesan penceraian akan menjadi lebih buruk bagi anak laki-laki daripada anak perempuan (Hetherington, 1989 dalam Santrock, 2008). Dua tahun setelah perceraian, interaksi dalam keluarga tidak begitu stabil dan akan menjadi lebih terkawal. (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008)

Bronfenbrenner semakin banyak memberi perhatian kepada kronosistem sebagai sistem lingkungan yang penting. Dia memperhatikan dua permasalah penting, iaitu kebanyakan anak-anak di luar negara yang hidup dalam kemiskinan (terutama dalam keluarga bapa/ibu tunggal) mempunyai perkembangan yang sangat berbeza-beza di antara satu sama lain.(Santrock, Life-Span Development, 2002). Bronfenbenner juga berpendapat bahawa anak-anak sekarang adalah generasi pertama yang mendapatkan perhatian setiap hari, generasi pertama yang lahir pada zaman teknologi yang dipenuhi oleh komputer dan bentuk media baru, generasi pertama yang lahir dalam revolusi seksual, (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008).


3 comments:

>