Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di
Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran
dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang
jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal
dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua
ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki
Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi
370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit.
Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di
kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk
merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk
pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua
(“cave walk”).