Pulau Aman adalah sebuah pulau di luar pantai Bukit Tambun, Seberang Perai. Terletak di tenggara Pulau Pinang, Pulau Aman meliputi 288 ekar. Sebuah perkampungan nelayan Melayu yang indah, Pulau Aman terkenal kerana mempunyai Sukun iaitu pokok tertua di Malaysia. Pulau Aman dapat dihubungi dengan bot feri dari jeti di Bukit Tambun. Anda boleh meletak kereta di ruang yang terbuka di depan dermaga. Terdapat papan tanda besar menunjuk ke jeti Pulau Aman.
Anda boleh menerokai Pulau Aman jika merasa ingin tahu. Setibanya di Jeti Bukit Tambun, anda perlu menunggu feri. Tambangnya ialah RM4 (dan RM2.50 untuk kanak-kanak) bagi satu hala. Perjalanan mengambil masa lebih daripada tiga puluh minit dalam jarak hanya 2.5 batu nautika.
Terdapat sebuah perkampungan Melayu di Pulau Aman. Rumah-rumah terletak secara berkelompok berhampiran pantai. Terdapat rangkaian laluan yang menghubung di sekitar kampung. Secara keseluruhannya, kawasan ini adalah bersih dan diselenggarakan dengan baik. Kebanyakan rumah-rumah di sini kini dibuka untuk homestay. Ini adalah salah satu pilihan yang baik kepada penduduk untuk mendapat sumber pendapatan.
Pulau Aman merupakan salah satu daripada lokasi yang dikenal pasti untuk program Homestay di Pulau Pinang. Pelawat di sini boleh melihat kolam ternakan ikan di sekitar pulau, serta kebun buah-buahan di sekitar kampung. Semasa di Pulau Aman, pengunjung juga boleh melawat beberapa tempat bersejarah atau berkayak di sekitar pulau.
Untuk maklumat lanjut mengenai Homestay di Pulau Aman, anda boleh menghubungi Koperasi Pelancongan Pulau Pinang di Jalan 6 Kampung Kaka, 10200 George Town, Pulau Pinang, di talian 04-250 5500.
Untuk maklumat lanjut mengenai Homestay di Pulau Aman, anda boleh menghubungi Koperasi Pelancongan Pulau Pinang di Jalan 6 Kampung Kaka, 10200 George Town, Pulau Pinang, di talian 04-250 5500.
Cara yang paling jimat untuk sampai ke Pulau Aman adalah dengan cara mengambil feri di jeti Bukit Tambun, Pulau Pinang. Perjalanan mengambil masa 30 minit. Bot juga boleh disewa dari Batu Maung atau Batu Uban di Pulau Pinang. Perjalanan dari sana mengambil masa 45 minit. Menyewa bot boleh agak mahal, dan boleh menjangkau hingga ke beberapa ratus ringgit, kerana anda menyewa keseluruhan bot, dan ia juga bergantung sekiranya adanya bot nelayan untuk membawa anda ke sana.
Antara tempat-tempat menarik di Pulau Aman ialah Telaga Emas iaitu telaga dikatakan yang tidak pernah kering, Batu Perompak atau Rock Pirates dan Gua Lanun iaitu tempat yang dahulunya lanun mengambil perlindungan dan menyimpan barang rampasan mereka.
Dan satu keistimewaan Pulau Aman yang perlu anda nikmati adalah MEE UDANG!!!!!!.
No comments:
Post a Comment