My Followers

Etika dalam Penyelidikan




Etika adalah garis panduan untuk melengkapkan setiap kajian.  Penyelidik yang tidak mematuhi etika akan merosakkan reputasi penyelidikan.  Mematuhi etika adalah tanggungjawab penyelidik Kegagalan mematuhi etika akan mengugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dijalankan.Berikut adalah aspek yang perlu dipatuhi dalam mematuhi etika dalam penyelidikan:


(1) Penyertaan sukarela
- Subjek ambil bahagian dalam kajian secara sukarela tanpa paksaan.
TIDAK BERETIKA / DILARANG: halang subjek kajian daripada mengetahui maklumat kajian @ paksa subjek ambil bahagian.
- Paksaan/ beri insentif utk mendapat kebenaran tidak boleh dilakukan.
- Jika subjek enggan bekerjasama, pengkaji beritahu tentang kepentingan kajian & memujuk subjek.
- Jika subjek tidak bersetuju, pengkaji gunakan subjek lain dalam senarai subjek tambahan.
- Pengkaji boleh sediakan borang jaminan kajian & surat persetujuan menjadi responden kajian.
- Dalam borang tersebut pengkaji memberitahu segala maklumat kajian.
- Pengkaji perlu bekalkan maklumat yg mencukupi kepada subjek
- Tidak boleh menjangkakan bahawa subjek telah mengetahui maklumat tersebut

(2) Penentuan diri
Pengkaji perlu tahu bahawa setiap individu yg dipilih sebagai subjek kajian mempunyai hak utk menilai maklumat kajian sebelum membuat keputusan utk ambil bahagian /tidak.
- Pemberitahuan maklumat yg palsu akan mempengaruhi kajian kerana selepas responden mengetahui tujuan sebenar kajian responden mungkin akan rasa tertipu & tidak mahu bekerjasama.

(3) Kecederaan fizikal & mental
- Pengkaji harus melindungi responden daripada  kesan negatif/ kcederaan fizikal/mental setelah melalui proses kajian.
- Pengkaji perlu nyatakan secara jujur tentang akibat & risiko yg akan dihadapi oleh responden  walaupun mungkin mengakibatkan subjek kajian membuat keputusan utk tidak sertai kajian.

(4)Identiti pengkaji
- Identiti pengkaji perlu diberitahu sebelum meminta kebenaran subjek untuk ambil bahagian.
- Sesetengah orang mungkin tidak ingin ambil bahagian kerana latar belakang pengkaji & badan yang menaja penyelidikan bercanggah dgn pendirian subjek kajian.

(5)Rahsia peribadi
- Pengkaji perlu menjaga rahsia peribadi responden.
-Rahsia peribadi terbahagi kepada 3 jenis;
i. Kepekaan maklumat yg diberi
- Kepekaan maklumat: potensi ancaman /ugutan terhadap responden setelah suatu maklumat didedahkan kepada umum.
- Contoh ancaman: agama, pendapatan, prasangka bangsa & ciri-ciri peribadi.
ii. Keadaan persekitaran diri responden
- Merujuk kepada persekitaran khas responden seperti tempat tinggal, kenderaan, tempat bekerja & tempat yang sering dilawati.
iii. Keupayaan penyebaran maklumat
-Ada maklumat yang mudah & pantas disebar kerana mempunyai nilai-nilai tertentu bagi pihak2 tertentu.
-Cth: status perkahwinan pelakon, ahli politik & org2 terkenal
- Semakin tinggi keupayaan penyebaran maklumat, semakin tinggi tahap kerahsiaan maklumat tersebut.

(6)Ketanpanamaan
-Segala maklumat yang dibekalkan oleh subjek perlu dirahsiakan identiti pembekal maklumat tersebut.
-Ketanpanamaan: keadaan di mana orang lain tidak dapat mengenali siapakah subjek yg membekalkan maklumat/ data kajian.
-Kaedah temu bual: responden berhak tidak dirakamkan suara/ gambar diri dengan mengunakan perakam kaset/ video.
-Maklumat yang dikumpulkan hanya dketahui oleh pengkaji sahaja

(7)Maklumat Sulit
-Maklumat yg diberikan oleh responden harus dirahsiakan.
-Pengkaji perlu buat perjanjian dengan jelas secara bertulis & perjanjian tersebut perlu diambil serius oleh pengkaji.
-Cara memastikan maklumat “sulit”. (Frankfort- Nachmias & Nachmias, 2000 )
i. Memadamkan identiti nama
ii. Meringkaskan kategori laporan
iii. Mikroagregasi
iv. Menyatakan perbezaan antara individu sahaja

(8)Pembelotan
-Berlaku apabila data yg dijanjikan sebagai sulit oleh pengkaji dikemukakan kepada orang ramai.
- Menyebabkan keaiban atau penderitaan kepada responden
- Kejadian pecah amanah: pengkaji diberi insentif/ kebaikan oleh pihak2 tertentu yang ingin mendapatkan maklumat tersebut.
- Biasa berlaku pada bukti / maklumat yang negatif yang akan mendatangkan akibat yang buruk kepada responden.

(9)Mengaburi mata dan fikiran
- Merujuk kepada kes di mana pengkaji tidak beritahu tujuan kajian & maklumat kajian sebenar secara sengaja/ beritahu maklumat palsu secara sengaja.
- Sebab: pengkaji bimbang responden tidak ingin ambil bahagian dalam kajian.

(10) Hak Cipta
- Pengkaji perlu dapatkan kebenaran secara bertulis daripada pemilik instrumen kajian yang sedia ada, sebelum mengunakannya.
- Tindakan undang2 akan diambil terhadap individu yg mengunakan hasil kerja orang lain tanpa kebenaran bertulis

13 comments:

  1. Izinkan saya jadikan nota ini sbg rujukan saya dlm tugasan saya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ilmu yg diberikan..syukran jazilan😊

    ReplyDelete
  3. Izinkn sy menggunakan hasil kerja awak untuk membuat nota dan rujukan

    ReplyDelete
  4. Izinkn sy menggunakan hasil kerja awak untuk membuat nota dan rujukan

    ReplyDelete
  5. Izinkan saya menggunakan hasil kerja ini utk research saya. Tq

    ReplyDelete
  6. Izinkan saya menggunakan hasil kerja ini utk research saya. Tq

    ReplyDelete
  7. izikan saya menggunakan hasil kerja ini untuk kajian saya..tq

    ReplyDelete
  8. jenis etika dan prinsip etika ni benda yang sama ke

    ReplyDelete
  9. IZINKAN SAYA GUNA HASIL KERJA INI UNTUK KAJIAN SAYA

    ReplyDelete
  10. IZINKAN SAYA GUNA NOTA INI UNTUK KAJIAN SAYA..TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  11. Izinkan saya membuat rujukan atas maklumat dan data tuan

    ReplyDelete
  12. boleh tak bagi rujukan ambil dekat mana....... T_T

    ReplyDelete

>