My Followers

Dinding Pasar Raya C-Mart Jitra Runtuh



JITRA: Sebahagian dinding bahagian belakang sebuah pasar raya di Bandar Darulaman, di sini, runtuh dipercayai akibat keretakan dinding, pagi ini.


Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, dua pekerja penyelenggaraan yang baru hendak memeriksa bahagian belakang pasar raya itu sempat melarikan diri selepas terdengar bunyi runtuhan dinding yang retak.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra Mohamad Darus berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tujuh anggotanya membuat pemeriksaan dan mendapati sebahagian dinding bangunan yang beroperasi sejak Julai lalu itu berlaku retakan itu.

 

No comments:

Post a Comment

>