Pulau Aman adalah sebuah pulau di luar pantai Bukit Tambun, Seberang Perai. Terletak di tenggara Pulau Pinang, Pulau Aman meliputi 288 ekar. Sebuah perkampungan nelayan Melayu yang indah, Pulau Aman terkenal kerana mempunyai Sukun iaitu pokok tertua di Malaysia. Pulau Aman dapat dihubungi dengan bot feri dari jeti di Bukit Tambun. Anda boleh meletak kereta di ruang yang terbuka di depan dermaga. Terdapat papan tanda besar menunjuk ke jeti Pulau Aman.
My Followers
Puisi Tentang Awan
Hai Awan,
Temani daku seketika,
Aku ingin berbicara,
Tentang kamu, tentang rasa,
Kau indah, kau besar,
Tidak mungkin kau sepi,
Tenang digegas angin,
Megah di dada langit
Apa mungkin kau berontak,
Dalam diam mungkin kau sedih,
Dalam tenang mungkin kau derita,
Tak berkudrat mengikut saja
Temani daku seketika,
Aku ingin berbicara,
Tentang kamu, tentang rasa,
Kau indah, kau besar,
Tidak mungkin kau sepi,
Tenang digegas angin,
Megah di dada langit
Apa mungkin kau berontak,
Dalam diam mungkin kau sedih,
Dalam tenang mungkin kau derita,
Tak berkudrat mengikut saja
Tekanan Kerja Dan Komitmen Untuk Meneruskan Pengajian Dalam Program Pensiswazahan Guru Di Perlis
Prosiding Seminar
Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI
Tekanan Kerja Dan Komitmen Untuk Meneruskan Pengajian Dalam Program Pensiswazahan Guru Di Perlis
Azlan
bin Behadin
SMK
Changlun
azlanbehadin@gmail.com
Hazalizah
bt Hamzah
Jabatan
Psikologi & Kaunseling, UPSI
hazalizah@fppm.upsi.edu.my
Gua Kelam, Perlis
Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di
Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran
dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang
jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal
dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua
ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki
Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi
370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit.
Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di
kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk
merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk
pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua
(“cave walk”).
Subscribe to:
Posts (Atom)