My Followers

Model-model Stres




     

          

  (1)    Model Stres – Cooper (1988)
Model stres Cooper.al (1979) menerangkan bahawa stres adalah sebarang kuasa yang meletakkan faktor psikologikal dan fizikal melampaui tahap keupayaan individu. Ini bermaksud halangan yang timbul akan mengakibatkan tekanan. Sehubungan dengan itu, setiap individu mempunyai keupayaan dan pendekatan yang berbeza dan bergantung kepada jenis pesonaliti serta mekanisme daya tindak yang digunakan. Sekiranya tekanan gagal ditangani maka ia akan menimbulkan masalah dan berkemungkinan individu tersebut akan mengalami tekanan yang terus dan berlarutan. Beliau telah menyatakan bahawa, setiap individu kebanyakan cuba menjaga emosi, pemikiran dan hubungan dengan persekitaran agar mereka selesa.
(2)    Model Stres Atkinson (1988)
Stres didefinisikan sebagai permintaan berlebihan yang melampaui kebolehan seseorang individu.( Atkinson,1988)  Permintaan daripada pelbagai sumber, kerja yang banyak dan ketidakcukupan masa akan mendatangkan stres. Stres dikategorikan kepada dua iaitu luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luaran iaitu persekitaran fizikal (seperti piawai yang terlalu tinggi) dan emosi (seperti tidak mahu meminta bantuan).

(3)    Model Tekanan Kerja Guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978)
Kyriacou dan Sutcliffe(1978) menyatakan bahawa konsep stres kerja guru sebagai satu sindrom gerak balas terhadap kesan negatif seperti kemarahan atau kemurungan guru yang biasanya disertai oleh potensi perubahan pathogenic psychological dan ‘biochemical’ yang berpunca daripada aspek pekerja guru dan perantara yang dipersepsikan sebagai mendatangkan ancaman terhadap harga diri atau kesempurnaan diri guru dan gaya tindak untu mengawal atau menangani ancaman akan digiatkan untuk mengurangkan sesuatu ancaman yang dipersepsikan (Mokhtar,1998).

(4)    Model Tekanan Guru ( Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995)
Model yang dibentuk oeh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni berpandukan kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru. Lima sumber itu ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang baik.  Berdasarkan Model Tekanan Guru, kelima-lima faktor iaitu bebanan kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber pengajaran , perhubungan kurang baik dengan rakan sekerja merupakan faktor utama yang menyebabkan tekanan kepada guru. Walau bagaimanapun dalam kajian yang mereka lakukan berpendapat bahawa di antara lima faktor utama ini, bebanan kerja dan salah laku pelajar menjadi penyumbang utama terhadap tekanan yang dialami oleh guru berkenaan dan diikuti oleh faktor-faktor lain.

1 comment:

  1. saya ingin bertanya. adakah teori tenaga kerja guru boleh digunapakai untuk penyelidikan terhadap pelajar pendidikan yang masih lagi menjalankan pembelajaran?

    ReplyDelete

>