Antony, Pervew & Kacmar (1993)
dalam Matt Jarvis (2002) mendefinisikan stress sebagai interaksi antara
individu dengan dengan persekitaran yang digambarkan oleh perubahan fizikal dan
psikologi. Perubahan ini boleh memberi kesan positif dan negatif.
Kesan yang
timbul dari stres ini telah menarik ramai pengkaji untuk melihatnya dari
pelbagai aspek. (Cox,T. 1980) telah membahagikan kesan stres ini kepada tiga
perspektif.
i.
Penyelidik melihat stres sebagai akibat
atau kesan dari sesuatu yang lain. Ia dijalankan sebagai pembolehubah bersandar
dalam kajian ini.
ii.
Melihat stres sebagai pembolehubah
bebas, ia menjadikan penggerak seseorang atau menjadi punca kepada sesuatu yang
lain. Penyelidik dalam hal ini mengkaji kesan yang timbul akibat stres.
iii.
Perspektif akhir pula penyelidik melihat
stres sebagai satu psikologi yang dinamik di mana stres dilihat oleh pengkaji
sebagai faktor yang berada di antara penyebab dan akibat dalam sesuatu situasi.
No comments:
Post a Comment