My Followers

Punca-punca Stres Belajar




Dalam proses menjadi seseorang pelajar, seseorang itu akan mengalami stres dari pelbagai punca seperti akademik, keluarga, kewangan, rakan sebaya mahupun persekitaran pembelajaran. Kali ini saya hanya membincangkan dari aspek akademik dan persekitaran pembelajaran yang sering menjadi punca kepada stres belajar.


                        Akademik
Tugasan dan peperiksaan merupakan dua aspek penting dan  saling berkaitan. Menurut Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga boleh menyebabkan stress kepada pelajar.  Antara perkara yang memberi stress kepada pelajar termasuklah bebanan tugas akademik terlalu banyak, arahan membuat tugasan kuliah kurang jelas, kesukaran mencari bahan rujukan di perpustakaan serta melakukan banyak tugasan pada masa yang sama. Ia selari dengan kajian yang dibuat oleh Kohn dan Frazer (1986) menyatakan pelajar universiti sering berhadapan dengan stres dalam menjalani kehidupan akibat daripada sumber stres seperti beban tugas yang diberikan oleh pensyarah, situasi kolej yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian akademik.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Najib, Che Su, Zarina dan Suhanim (2005) dalam kalangan seramai 1,923 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas dan stres akademik yang dialami pelajar. Ini bermakna, semakin banyak tugasan dipikul oleh pelajar, semakin tinggi stres akademik pelajar.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Ross, Niebling dan Heckert (1999) ,empat kategori faktor utama stres yang dihadapi oleh pelajar universiti telah dikenalpasti iaitu interpersonal, intrapersonal, akademik dan persekitaran Kajian yang menggunakan Skala Stres Pelajar seagai salah satu instrument kajian mereka mendapati Kajian ini juga mendapati faktor utama penyumbang stres belajar dari aspek akademik adalah beban tugasan yang banyak dan mendapat gred yang rendah.
Mastura, Fadilah & Akmar (2007) menganalisis faktor-faktor penyebab stres di kalangan pelajar tahun dua, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia. Dan menggunakan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden menyatakan berasa stres apabila bebanan tugas akademik terlalu banyak . arahan tugasan kuliah yang kurang jelas , kesukaran mencari bahan rujukan di perpustakaan serta melakukan banyak tugasan pada masa yang sama.

                        Persekitaran Pembelajaran
Faktor persekitaran pembelajaran boleh menyumbangkan kepada masalah stres terhadap pelajar sama ada sekolah mahupun di univerisiti.   Pelajar akan merasakan kurang berminat terhadap sesuatu pelajaran disebabkan oleh persekitaran yang tidak menyenangkan yang seterusnya boleh menjadi punca stress kepada pelajar.
Suraini (2005) dalam kajian beliau mendapati persekitaran universiti merupakan punca kedua utama stres pelajar universiti selepas akademik. Keadaan bilik kuliah yang tidak selesa dan peraturan universiti yang terlalu ketat antara punca berlakunya stres di kalangan pelajar.  Faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa stres apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2003) yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan masalah stres kepada individu.  Susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap pensyarah dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta meningkatkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik kuliah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif.
Ross, Niebling dan Heckert (1999)  dalam kajian mereka juga telah mendapati bahawa persekitaran adalah salah satu faktor utama stress belajar oleh pelajar uiversiti. Hasil kajian mendapati faktor cuti semester dan masalah komputer merupakan faktor utama penyumbang stres kepada pelajar.

No comments:

Post a Comment

>