My Followers
Punca-punca Stres Belajar
Dalam proses menjadi seseorang pelajar, seseorang itu akan mengalami stres dari pelbagai punca seperti akademik, keluarga, kewangan, rakan sebaya mahupun persekitaran pembelajaran. Kali ini saya hanya membincangkan dari aspek akademik dan persekitaran pembelajaran yang sering menjadi punca kepada stres belajar.
Stres Belajar
Memang tidak
dinafikan seseorang guru yang membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran
sama ada ke peringkat ijazah, sarjana atau PHD, mereka akan mengalami stres belajar
sepanjang pengajian mereka sama ada di IPG mahupun di universiti. Ini
dibuktikan daripada dapatan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.
Teori Stres Antony, Pervew & Kacmar
Antony, Pervew & Kacmar (1993)
dalam Matt Jarvis (2002) mendefinisikan stress sebagai interaksi antara
individu dengan dengan persekitaran yang digambarkan oleh perubahan fizikal dan
psikologi. Perubahan ini boleh memberi kesan positif dan negatif.
Subscribe to:
Posts (Atom)



